Kopi hitam bermug merah

pagi satu,

pernahkah Tuhan kecewa dengan aku? pasti banyak kali bukan?

aku capai mug merahku ke bibir, hirup kopi.

aku terfikir soalan itu, bila aku terperasan aku banyak kecewakan orang. mungkin tidak banyak tapi terlalu banyak :')

lagi banyak aku kecewakan Tuhan dari manusia, tapinya.

(?)

persoalan antara aku dengan manusia &Tuhan yang tak pernah selesai walau punya jalan penyelesaian; satu perbuatan yang sama.

taubat pada Tuhan
&minta ampun pada Tuhan juga manusia,

hei, ego berapa lama kau mahu tinggal dalam diri aku?

hirup kopi, okay sambung latihan kalkulus

Comments

Popular posts from this blog

Masih bukan aku punya