Wednesday, 7 September 2016




        (tuhan, aku rindu pada semangatku!)



Saturday, 27 August 2016

Masih bukan aku punya

Bila Tuhan dah makbulkan doa kau dan ketika itu kau tersangat bahagia gembira hati berdebar tanda syukur yang amat.

Seakan ingin menjerit "Ya Rabb, terima kasih!"

Dan ketika itu juga, kau tersedar. Kegembiraan itu bukan milik kau langsung. Kau cuma tumpang bahagia itu.

Kau biarkan doa kau yang dimakbul terhenti, kau beri pada yang sepatutnya.

Adakah itu pengorbanan?

Kalau ya, aku korbankan rasa rasa aku, biarlah kau yang kecapi. Kerana itu bukan hak aku.

Cuma, ya Tuhan, terima kasih kerana beri aku nikmat kegembiraan yang sekejap buat aku. Aku tidak akan buang detik itu walau pun bukan milik aku.

Terima kasih. Sungguhpun dalam setiap perkara perlu ada pengorbanan untuk kegembiraan majmuk tetapi masih tetap sakit.

Aku akan hadapi! Aku cuba.

Wednesday, 24 August 2016

Melangit dengan berhikmah.

"Mengapa kau melangit sedangkan sifatmu membumi"

Banyak pandangan yang boleh samasama kita luahkan. Cuma kali ini tentang pandangan aku.

Tidak salah berangan melangit jika itu punca untuk kita berjalan kehadapan(menuju kejayaan dengan matlamat), cuma jika kita menyalahgunakan 'melangit' dengan tujuan bangga di mata mata manusia memang rugilah kan?

Dan jawapannya berbalik frasa di atas.

Memang, memang sifat kita membumi. Tidakkah kau merasa tenang tika kau sujud kebumi menyembah Tuhan yang Esa? Jadi mengapa kau melangit tanpa arah?

-

Sejak aku masuk jemaah ini, aku jumpa dan kenal ramai orang. Aku sentiasa memerhati dan membuat penilaian( untuk diri aku sendiri, bukan judge eh tampo kang), aku juga sentiasa menjadi pendengar. Dan setiap kali aku mendengar cerita hidup mereka, pasti aku muhasabah diri kembali.

Ya, pasti.

-

Aku punya kakak, kakak yang sama dalam jemaah. Bila pergi mana mana program mesti dengan kakak itu. Dia jenis yang happy go lucky, maksud lebih kurang, lantak kau nak kata apa. Ha gitu. Tapi bila ditegur memang dia akan usahakan untuk menepati teguran tersebut.

Dan baru aku dapat tahu kisah kehidupannya. Aku terkejut.

Dia tabah. Dialah ayah dialah ibu, kakak, adik, nenek dialah datuk, dialah tukang rumah dialah tukang paip. Ayat ni selalu disebutnya. Tapi aku tak fikir apa, aku cuma anggap dia berseloroh gurau. Rupanya tidak.

Aku sekarang pandang tinggi dengan kakak tu. Sebab apa? Sebab kehidupan aku vice versa dengan kehidupan dia keseluruhannya. Dan cara aku, aku cepat rebel (pada keluargalah) rebel aku ni rebel pasif dimana aku akan diam sediamnya.

Aku anggap ini satu tamparan untuk aku. Ye, aku banyak kekurangan dalam meng-handle masalah. Tapi masih bila bab selesaikan masalah aku akan fikir wajar dan jadi matang. Bila datang soal keluarga, aku yang akan bertindak dulu dengan cara serius. Sebab tu aku overthinking setiap malam kot. Biarpun takde siapa tahu masalah sebenar benarnya, aku cuba untuk berdiri tanpa pertolongan sesiapa kecuali kepada Tuhan.

Ya, aku tak suka manusia memandang rendah dan lemah pada sesama yang lain, literally nya pada akulah.

Sebab kita kena ingat, taraf kita sama taqwa kita hanya Tuhan tahu. Tapi bila kita memandang lemah dengan memuji taqwa kita lebih tinggi, kitalah yang paling rendah darjatnya disisi Tuhan.

Ia peringatan untuk aku juga. Sesama kita, okay? Tuhan suka pada hamba yang sentiasa membaiki baiki dan baiki diri kearah lebih baik.

-

Berbalik pada tadi, aku kagum dengan mereka yang melangit dengan tujuan untuk membaiki diri sendiri. Dia melangit dengan berhikmah.

Cuma aku nilah, cuba melangit tapi masih menyorok dibalik kepulan kepulan awan. Masih tertangguh impian kerana tiada usaha kearah itu.

Aku cuba. Aku mahu melangit dengan berhikmah dan membumi dengan kesyukuran.

Wednesday, 20 July 2016

Malam ini bukan yang semalam

Bibirku letak pada mug, aroma teh ros mewaraskan fikiran ku tengah malam ini. Cuma bila kepala aku menggila, aku cuba menulis sambil menghirup teh ros.

Dua jam lepas, aku menyelak nota lama. Nostalgia. Isinya tentang hati aku. Tapinya, sekarang berubah. Aku cuba mahu buang nota itu, tapi ahh payah sungguh.

Mengapa hati sungguh degil?(!)

Jadi aku letakkan nota itu di dalam kotak. Biar ia tersimpan. Juga biar segala isinya mereput sendiri. Biar tentang isinya cuma berlaku pada waktu itu.

Masa tetap bergerak. Walaupun pusing mana jarum itu, ia tetap pulang pada 12. Bukankah, kita harus hadapi setiap apa yang mengingatkan kepada peristiwa itu?

Jadi, aku lalui setiap saatnya.

Hadapi satu cara untuk ke langkah seterusnya.

Teh ros aku hirup lagi.

Hidup ini, sentiasa kedepan. Tiada patah balik untuk betulkan yang lama. Cuma yang ada adalah perbaiki untuk masa hadapan. Dan aku cuba kawal itu.

Walaupun aku berpusing tempat yang sama, ada yang berubah. Pasti. Maka disitu aku akan rasa aku tidak berlegar pada yang silam.

Sambung minum teh, jadi baik baik semua ya!

Friday, 1 July 2016

satulapandua

Apa yang sudah aku dapat sepanjang perjalanan hidup aku tempuh selama 182 hari pada tahun ini?

Dalam satu lapan dua itu, aku merasa bahagia, aku merasa suka, dan hari hari sedih juga, hari bila aku cuba bunuh diri, hari bila aku cuba lap air mata dan berdiri sendiri, juga pada hari aku susah, tidak makan untuk separuh hari, hari hari aku kutip pengalaman kerja, serta hari hari aku gembira melayan karenah budak budak, tentang hari teruja pada gaji pertama dan hari bila aku lihat bahagia kalian aku turut tersenyum!

Juga tidak lupa, muka muka pejuang yang aku ingin sekali ikut hari perang mereka (pepias), juga hari bila tercipta ukhuwah yang baru!

Maka untuk hari yang ke satu-lapan-tiga, aku cuba positifkan diri, lihat masa depan, ubah fikiran sendiri yang negatif dan penuh penyesalan bila bangkit dari tidur, juga lupakan hari hari semalam yang terparut.

Biar, aku anggap baru, tiada apa pernah terjadi tentang yang luka semalam semalam.

Moga baik baik sahaja untuk hari seterusnya!

pada satu per tiga itu

satu
entah berapa banyak aku puisikanmu dalam kehidupan tulisan kata kataku bait yang berlegar dimindaku

segala itu
mempamerkan senyumanku, kesedihanku, sakitku juga ceriaku


dalam satu masa penciptaan diksi untukmu
satu per tiga aku tersenyum
lebihan itu tentang lukaku daripadamu

Tuesday, 28 June 2016

hari bahagia semula

terasa seperti hidup semula; bila kau pergi aku kuatkan diri

terasa ingin tersenyum semula; bila lihat aku sendiri bahagia

lihatlah aku manusia,
aku hidup semula!

Friday, 24 June 2016

tentang perkataan itu

"Maaflah"

Satu perkataan yang pernah beri nilai sentimental pahit pada satu tarikh dan waktu itu.

"Maaflah"

Satu perkataan yang menunjukkan kesederhanaan, kesopanan, keikhlasan dan rendah diri.

"Maaflah"

Satu perkataan yang merujuk pada ketidaksengaja sesuatu perbuatan.

"Maaflah"

Satu perkataan pengakuan.

--

Maaflah, aku bukan manusia yang ada seribu kebaikan. Maaflah pernah melukakan mencintai menganiayai menyakiti menyayangi secara (ter)sengaja atau tanpa memiliki hak secara sahnya.

Maaflah, kerana mungkin hadir aku dalam kepingan memorimu atau menjadi manusia yang pernah lalu lalang dalam kehidupanmu. Maaf.

Maaflah, kerana (ter)menyayangi kalian tanpa sedar akan hak seorang manusia mengasihi punya batas.

Maaf.

Cuma, (permintaanku) hadirkan aku dalam cerita ceriamu, supaya aku mahu kekalkan garisan dibibir kering ini disamping kalian.

Moga baik baiklah semua.

Seikhlasnya aku gembira dan menyayangi setiap mereka yang hadir dalam hidupku sementara atau selamanya. Ikhlas.

Monday, 20 June 2016

Di malam waras, aku gila.

Mug hinggap ke bibir. Hirupan kopi hitam pada malam buta.

Dari pagi tujuh hingga malam sembilan. Satu satu manusia datang. Singgah. Beri panduan untuk aku teruskan hidup. Tapi hanya aku tahu dimana tempat yang akan aku langkahkan. Hanya aku tahu apa kehendak aku.

Mereka cuma beri nasihat berdasarkan pengalaman mereka hidup.

Aku ego?

Atau mereka?

Bodoh. Apa yang aku nak sebenarnya. Apa mereka nak?

Satu satu datang dengan cepat, biarlah kau pergi juga cepat. Aku penat berfikir. Penat berperang dengan otak juga jiwa.

Setiap malam. Boleh jadi gila aku rasa.

(Setiap malam boleh jadi gila fikir nak puaskan hati sendiri atau hati manusia lain !)

Ya tuhan.

Tarik nafas
Hembus
tarik panjang
Dan hembus.

Tenang.
Tolonglah tenang.
Tolonglah tenang sikit.

"Banyakkan berdoa di bulan cinta ni, skee"

Hirup sisa baki kopi. Tutup mata. Case closed at a moment.

Wednesday, 8 June 2016

Cerita panjang

6 minggu.
Susah senang yang aku tanggung sendiri. Gembira duka yang aku pendam sampai jadi pekasam basi. Ada ibrahnya em.

Memang lepas dapat keputusan upu, aku tak dapat apa yang aku nak - (diri aku terus terjun ke curaman tepi gaung tu)

Jadi aku meneruskan kerja. Cikgu taska mengajar BM dan Math. Dari 7.30 pagi sampai 6 petang hanya rutin sama. Setiap hari terfikir untuk berhenti. Setiap hari. (Adalah sebab yang aku tak mahu teruskan)

Post ni just nak refresh-kan diri untuk sentiasa ber-spirit untuk Buat something. Sebab perancangan Allah yang paling perfect mamiah kan?

Em nak cerita sikit hihu. (Well fes taim jadi teacher en -..-)

Mungkin aku Cikgu yang baik (i mean ehem tak garang plus comel) bebudak tu tak takutkan aku pun. Har Har hambar. Atau mungkin em em perangai aku cam budak sebab adalah bila dorang main sorok sorok aku join je huhu, kk em abaikan fellas.

Well siapa tak suka main dengan budal budak, sebab kecomelan dorang boleh menyebabkan pipi mereka terkoyak terobek.

Sebenarnya aku banyak belajar dari budak. Jadi seketul teacher(yang takde certificate ni) guna konsep mengajar dan belajar. Poin yang sangat betul.

Otak budak ni sangat kreatif out of the system of the brain haha. Dengan muka inosen dia, senyuman yang tersusun cantik gigi, ada gigi rabbit Buat pagi aku selalu senyum hm hm.

itu- sentiasa senyum
; aku penyambut budak dari pagar. Jadi kena sentiasa lengkukkan bibir sikit bagi senyum kat parents(supaya mereka rasa secure) dan bebudak tu rasa motivated ke sekolah. Lagipun sedekah ahaks.

Then,- sentiasa sabar.
; Well biasalah budak kecil kencing terberak tak bagitahulah apalah macam macam perangai. Tapi dorang ni pandai sebab tak bagitahu teachers lain. Dipanggil aku juga even aku ada kelas. (gelak jap)

Dengan sentuhan juga. Dorang akan rasa kasih dan sayang seseorang tu real atau tak. Kita belai kepala dia bila nangis dan kekadang tu dorang nangis sebab

1) "teacher teacher she dont want share share toys"
2) "teacher teacher she dont want friend me"
3) "teacher teacher i dont bring my neneng(botol susu)

Dan sebagainyalah..

Aku gelak je mampu.

Kalau bebudak ni tunjuk kasih sayang kat aku cemana tau, time aku duk mengajor entah dari mana datang satu minion duduk atas riba aku. Adui Adui haha.

Lepastu kau kena layan budak yang talkative dan hyper.

Ada je cerita dorang. Otromenlah didi and friends lah memacam dari A sampai Z diceritanya. Sampaikan aku kena buat pertandingan siapa paling diam dapat hadiah dan hanya bunyi cengkerik peneman (serius talk ni)

Haha so yeah. Ini life aku buat masa sekarang. Akan datang siapa tahu. Jadi allah yutfah alaik buat mereka(kengkawan) yang dah start jadi student(!)

Ingat jangan jadi student yang ber-biskut kering!

Sumpah panjang post ni :')

Wednesday, 23 March 2016

Asam jawa vs biskut hapseng

Abang umar bawa 2 cawan plastik, beberapa biji asam jawa dan 2 keping biskut hapseng untuk sesi kedua.



sebelum sesi bermula, otak aku memang fikirlah mungkin kena makan kot. tapi pelik juga

kenapa ada asam jawa, siapa nak makan woi. So otak aku simpulkan,kitorang kena main one two

jus untuk dapatkan makanan yang sedap; biskut dan yang kalah dapat asam jawa ahaha padan muka.

dari situ, kami tunggu al muqaddimah abang umar.



lepas abang umar keluarkan barangan tu, abang umar start bermuqadimah. nak tahu muqadimah dia apa?



"abang nak kamu pejam mata, jangan buka. abang nak kamu semua fikirkan 10 benda berwarna hijau."

aku punyalah semangat fikir paksa otak karat ni berfungsi haha tapi di sebabkan tugas, aku paksa otak kerja.



pastu abang umar dah sampai. kami dibenarkan buka mata. rupanya abang umar pergi isikan

air dalam cawan plastik tu. time tu rasa semangat nak bagitahu berapa benda hijau yang aku dapat.

abang umar pun tanyalah berapa benda kami dapat.



"abang saja je suruh kamu fikir, abang nak gi isi air." hahahahaha. memang lawaklah adoi. best best.



dan kami mulakan aktiviti ini dengan lebih serius.

--


asam jawa dimasukkan kedalam cawan plastik dan dikacau manakala kepingan biskut hapseng

dipatah-patahkan ke dalam cawan plastik satu lagi dan dikacau. bahan didalam cawan itu dikacau

sehingga sebati.



dan apa yang kita dapat lihat, air kosong yang dimasukkan asam jawa bertukar warna.

seperti yang kita tahu warnanya akan menjadi perang pekat dari bawah dan beransur cerah hingga ke atas

dan sama seperti air yang dimasukkan biskut hapseng cuma warnanya kuning cair.



tetapi,



air kosong tidak dapat melarutkan biji asam jawa itu

manakala

biskut hapseng dah lunyai terlarut bersama-sama dengan air itu.




apa yang dapat kita simpulan ialah,

kita sebagai, pemimpin, pelajar, atau lebih general manusia perlu bercontohkan asam jawa tersebut

dan tidak mengikut jejak biskut hapseng.



kenapa?



andaikan asam jawa itu diri kita dan bijinya adalah pegangan/jati diri kita,

maka kita tidak perlu goyah dengan air itu[pengaruh dunia].

jika kita jadikan biskut hapseng itu sebagai diri kita dan kita mengikut putaran air apabila dikacau,

dan pasti kita akan lunyai[ tiada pegangan]



air kosong itu bagaikan satu pengaruh dunia yang belum diselongkar habis oleh kita dan

biskut kering itu diri kita. apabila kita[biskut kering] masuk kedalam satu dunia baru atau komuniti

atau masyarakat[air kosong], kita akan didedahkan dengan budaya komuniti tersebut secara menyeluruh

lagi lagi bagi mereka yang menetap atau study diluar negara. kita akan terdedah dengan budaya mereka,

cara mereka dan even dengan kepercayaan mereka. ia adalah sesuatu yang serius.

jika kita tidak ada pegagan atau jati diri, kita akan kalah dengan air kosong itu[pengaruh dunia],

maknanya kita akan terlarut dengan ajaran atau cara mereka.



jadilah seperti asam jawa. walaupun dia terdedah dengan pengaruh asing[air kosong]

dia tetap punya pegangan atau jati diri[biji].



air yang dicampurkan asam jawa tetap rasa asam jawa

manakala air yang dimasukkan biskut rasanya brr, takrasa biskutlah haha.

--




aku tak tahulah korang[readers] faham tak apa aku try sampaikan berdasarkan anologi tu,

aku dah lama tidak beraksi diatas 'dunia perkataan'.

jadi maafkan salah silap dan yang still tak faham dan nak fahamkan sungguh sungguh haha

boleh contact aku di twitter atau ask.fm.


dan terima kasih PMGS16




mkerana cinta pada Yang Esa, kerana ukhuwah kita bersama~~







































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sunday, 3 January 2016

2k16 will be tough

Salam alaik

Well its literally cliche, when its come to new year, there will be some speech, new post, some new spirit and new goals or etc.

But have you all realise that everyday is a new day and everyday deserve new spirits and goals.

But now, I don't want to speak out about this. Lets put this as a side dish.

The main dish are ;

What the things that I should change? It is better for me to be still with the old me yet I already used to it? Or just move forward without care those shit-mouth talking back?

Hm well I should begin with my talk. Personally, I hate talking and love to hear out something. I rather write on something than talking to people. But when people ask me for some opinions or some advises, I will talk directly and privately. Actually, I'm not good with people and society. And I'm also bad at making friends.

I'm just a girl with the silent screams inside my heart and head. I scared that I will hurt someone. Because when people talk to me sometimes its hurt and I don't want they feel the same as I am. And I'm just shy with people and society. Even with people that I know, girls, boys and etc. I will talk to them after they talk to me(cruel isn't😭) No, I'm not😭. I DON'T KNOW WHY I'M LIKE THIS, O GOD HELP ME !

So what the things that I should do to get rid of this stuff? This year I want to be the new me but still hold with the old body and personality.


Then.

My goals, I just wanna be happy. My entire life tbh, its sad. Tho, I have my family beside me and of course friends but I don't know man. But I had a feeling, go die you little body, you don't have any use in the earth you don't even have a heart and I'm just faking my smile and go, you have life dude.

I had talk about this with my close friend but we're never meet each other yet hehe.

I told Anis, and she replied

"maybe Allah SWT want to test you taqwa levels. Or maybe your heart were sick, skee"

So what I gonna do?

"you can change a little bit on your ibadah scedule, which means ; if you have qiam on 4 am just make it earlier. Or you can add some sunat prayers"

"You also can practise and always read Surah Insyirah, understand the meaning of the Surah. InshaAllah you will calm"

"You know what, Allah hold every humans heart. He the one who make your heart felt upside-down and He the one who will fix it."

"So, pray to Allah. He the one who deserve to solve your problems, skee"

Thanks, Anis.

So my goal yeah ; nearer to the one I should, Allah SWT.

2k15 were a lot of hardships and playing with my feelings. Its complete 'feel', there were sad, happy, crying, laughing, hurt and etc.

And I hope, I'm just me with the new spirits and goal and be a better person, InshaAllah.

2k16 will be tough dude, I guess so just sado💪

Pray for me yoo, people.