Friday, 25 December 2015

Hasutan;

Kalau kau mahu tunduk pada syaiton, sungguh lakukanlah maksiat. Kau pula mahu menjadi ikutan sebagai tali barutnya, kau mengajak yang lain mengikut serta. Ajakan kau diterima dek lihat kau tersenyum bersembunyi di balik topeng. ((Tak cool weh, ajak orang buat maksiat. Ajak buat baik baru best))

Anak cucu adam ini bagaikan suatu tebusan yang digari lengan dan kaki. Cucu adam ini akan dibuka garinya pabila mereka-mereka(syaitons) berjaya buatkan manusia terhasut dengan kecelakaan.

Atau anak cucu adam ini terlepas dengan gari yang hancur berderai atas taatnya sang cucu pada Tuhan Azzawajal kerana diberi iman dan ketaqwaan yang puncak.

Saat maksiat jadi Tuhan, syaiton dah tak kacau, dia goyang kaki.