Wednesday, 4 March 2015

Aku seorang yang gagal





Masa cuti Raya Cina

Nabila datang rumah ziarah kami sekeluarga. Aku pun macam tak peliklah sebab ada orang baru kat rumah.

Kami rapat tapi tak sangat( buat buat faham jelah). Then as usually Nabila akan lepak kat bilik sambil belek novel. After that kitorang beborak pasal study well kami sesama spm.
Ayat dia memang buat aku feel gile.

"Macam mana study? Okay?" Nabila tanya aku sambil makan roti.

Aku gelak then diam.

Then nabila tanya balik "Kenapa tak okay ke?"

Aku pun mengeluh dan mula bersuara "Huh, not the best and not even better one"

"Takpa usaha lagi."

"Abil, bila rasa kuat usaha tapi hasil kosong, hati dan otak sakit tau. Unvalueble."

Nabila tepuk bahu aku.

"Tapi bila satu hari tu, tetiba kau akan dapat hasil gempak macam mana?"

"Abil, apa apa aku buat dan berusaha takkan dapat apa yang aku expect"

"Kau bukan tuhan yang mampu merealisasikan apa yang kau expect."

Terdiam aku.

Pastu dia kata "Benda yang kau expect kau dapat tapi takdapat, itulah ujian kau. Allah uji kau, Allah nak tengok setakat mana kau mampu naik tangga yang tiada hujungnya."

Peh makan dalam guwa.

Dia kata lagi "Hasil yang paling manis adalah usaha yang sebelumnya gagal tetapi ikhlas lillahitaala"

Nak makan dalam pun takleh sebab hati dah kosong. Okay metafora sangat.

"Okay, Abil."

--

; Kadang-kadang kita lupa Ikhlas itu adalah satu akar umbi kepada kemenangan(hasil)

Dan apabila kita lupa untuk gelak pada sesuatu yang kelakar (sbb stress tahap langit) ; boleh jadi gila. Kbai.