Posts

Showing posts from January, 2015

Graviti.

Sudah lama aku memerhati gerak geri seorang arjuna yang menjadi santapan hati dalam diam. Sudahku sembunyi dibalik cermin yang merefleksi pandangan belakang untuk terus sembunyi tanpa diketahui.

Gilakah?

Saat aku seorang diri bergelut dengan hati untuk meneruskan santapan hati atau biarkan ia pergi. Tidak mampu aku lepaskan dia yang ku kenali dalam diam selama ini.

Aku mengangkat dagu, melihat ciptaan Tuhan yang agung dimata seorang hamba. Tersenyum melihat bintang yang mengerdip ke arah ku.

Berpaksikan garisan atmosfera, ingin sahaja ku bawa dia jauh melangkah melihat galaksi alam. Melihat meteor yang berlalu pergi melalui rahang langit yang terbentang luas untuk di isi.

Ingin sahaja ku bawa dia berlari menaiki awan, terbang bersama bintang-bintang untuk ke planet zuhal.

Tanpa fikirkan hari mati cuma mengenang hari bahagia yang berputar tidak selaju planet bumi. Mengecap kebahagian infiniti.

Tetapi hakikat sebenarnya, ada garisan graviti yang menolak masuk segala isi imaginasi kepa…