Posts

Showing posts from December, 2014

Siapa dia?

Suka ke?

Suka apa?

Alah statement tu.

Oh itu. Kenapa?

Saja tanya. Suka ke?

Tak pun.

Kenapa?

Dah ada yang lain.

Ouh, siapa?

Rahsia.

Clue sikit.

Dengan dengan aku je.

Siapa?

Dekat sangat dengan aku.

Siapa? Mana?

Hampir sangat.

Cakap jelah.

Tapi benda tu rahsia.

Cakap jelah siapa?

Kenapa nak tahu?

Sebab..

Nama dia..

Cakap jelah, siapa yang hampir tu?

Dia ialah..

Cakap cepat.

Dia adalah mati.

Mati?

Yup.

Kenapa mati pula?

Sebab itulah perkara paling hampir dengan aku.

Aku ada ;

Bila kau pergi tanpa ada ketahuan,
Aku ada, mengetahui dalam kebisuan,
Bila kau sedih, hiba kedukaan,
Aku ada sebagai peneman halimunan,
Bila kau tidak kuat, lemah semangat,
Aku ada memberi kata kepada Tuhan,

Jalan cerita yang dihasilkan Tuhan,
Sungguh indah sekali,
Kita tidak ketemu, namun membuahkan detik bahagia bersama,
tanpa diketahui siapa kecuali Yang Esa,

Menadah tapak tangan ke langit;
Indah terbentang, menikmati sang nikmat,

Andai aku mampu menjadi pelangi,
Akan ku indahkan hari suram kau,
Andai mampu aku bertukar awan,
Akan ku lindung kau dari musibah,
Andai aku menjadi udara,
Akan ku biarkan kau hirup mengikat udara Tuhan,

Tika kau mengejar cita,
Cita akhirat kita bersama,

Ingat, aku ada bersama kau,
Walau kau sesat di lautan China ;
Bersama Tuhan mengikat janji setia tanpa kata,
; di Syorga.

Okay, kawan?

Kenapa?

Penantian memanglah pahit tapi bila ada usaha dan hasilnya pasti bertukar manis. Tapi bila cuma ada usaha tanpa hasilnya? Payau je rasa.

Tapi mungkin kelak hasilnya? Tapi bila? Tidak bersyukurkah manusia ini yang hanya ingin sesuatu yang kini dan segera?

Masalah. Banyak sangat masalah terbeban. Tak mampu dah aku. Makin lama aku diam. Makin pedih. Kenapa masalah ni ada? Kenapa tak layak aku bahagia?

Ouh lupa. Masalah ini adalah bayang. Tanpa cahaya masakan bayang ada? Jika aku tidak tuju pada cahaya, masakan ada bayangnya?

Kaput.

Kenapa kenapa?

Jika aku tanya mengapa ini terjadi, tidak berimankah aku? Jika aku pertikaikan, adakah aku tidak yakin pada kuasa Tuhan.

Sungguh saat ini aku ditampar oleh sesuatu.

"Kerana kau hamba Allah lah, semua 'kenapa' adalab kerana kau hamba Allah lah. Dia layak. Dia Al Malik."

Mungkin segala persoalan kenapa, hanya kerana ketika itu aku bertuhankan emosi. Sungguh aku hampir tewas. Tewas dalam genggam musuh. Nafsu.

Moga perkara buruk…