Tuesday, 23 September 2014

Let it go

Okay, tittle post cliche.

Tak lama lagi. Kalau aku masih hidup, aku akan hadapi exam. Bagi aku ia besar. Dan hmm.. aku nak terbaik. Siapa yang tak nak kan?

Bila orang minta nasihat atau tips belajar dari aku, I was like.. okay here you go. But unfortunately, what I had advised to them were not the things that im doing.

Okay jap, kenapa aku berspeaking?

Kat rumah, perkara pertama aku buat sebelum belajar ;

Tutup laptop. Sebab nanti anime mengilai memanggil aku.
Second, tutup handphone. Tapi handphone nokia cikai dan samsung cikai tu will be on. Sometimes off kalau annoying sangat.
Ketiga, the real me, aku akan sepahkan all the books needed. Tak kisahlah kecil besar. I really loves to mess up with my books. In other words, sepah is seni.
Forth, akan duduk di tempat yang luas. Aku lebih selesa belajar kat lantai. Kat meja, macam bila sakit belakanglah.
Fifth, aku kena ada bunyi bising. Example, kat luar bilik aku must ada adik aku yang sedang nanges or sound that make me safe. Aku ramai adik, so tanpa kebisingan dorang, im alone. Tapi nak bising bising out of my room. Bukan inside my room. I garang tau.
Sixth, bila math or something with calculation, aku kena dengar lagu. Sebab ia buatkan aku fokus dengan kiraan. Weird kan?
Seventh, jaga hubungan dengan Allah adalah sangat penting hingga ke peringkat WANTED. Tahu? Sebab kejayaan tak datang bergolek without effort and prayers.

Let it go all the past yoo. Jom hidupkan diri baru. *hulur tangan*

--

Kau redha kau kalah?

Redha.

Betul kau redha?

Okay tak sebenarnya.

So, mana erti tawakal untuk kamu selama ini?

Senyap.

:: Kalau Pn Ampala tengok bahasa rojak ni, migrain dibuatnya.


//; Takpa Skee, kau baru buat first time. Dan tak semua kau nak dapat. Kegagalan adalah satu kejayaan untuk permulaan. Kan?

Wednesday, 17 September 2014

Jujur

Jujurlah tipu kalau aku ni patung atau hati batu. Jujurlah aku tipu kalau aku kata... K hm.

Ini sebagai pengajaran untuk anda.

2006-2013,

Lama? Lama sangat. Detik mulanya aku kenal apa itu cinta(okay geli nak taip actually). Sampai sekarang aku rasa bodoh. Kerana apa? Kerana lama sangat aku tunggu.

Aku lagi bodoh. Sebab apa? Tunggu benda ni. Macam like seriusly, bodohnya aku dulu. Macam macam aku buat. Hantar surat lah bagai.

Bila fikir balik, rasa lawak pula. Serius lawak gi-la. But now, aku dah matang(kot). Tak fikir benda ni. Buat apa, takda pehdahnya. Okay, agak krik krik. So make it as moral to your life.

Pernah rasa roti tak?
Roti ada rasa ke?
Ada bila kau tambah jem nuttela atas dia. Bila rasa nikmat sungguh umph !

Sedang kita tak sedar makanan itu cuma untuk puaskan nafsu makan dan akhirnya akan menjadi sisa kumbahan. Kan?

Relate dengan dunia. Relate dengan hati. Begitulah dia.

Jujurlah tipu kalau aku kata aku tak termakan manis dunia. Tipulah kalau kata aku takda perasaan. Tapi berjaga jaga. Sebab manatahu ada fungi kat roti tu. Manatahu ada setan bisik sesuatu. Mana tahu nanti dunia yang akan perintah manusia.

--

Boleh tak aku lari?

Dari mana?

Dari hidup.

Tak boleh.

Kenapa?

Tuhan masih nak kau sujud pada Dia.

Trimas.

//; Haih habis kantoi satu rahsia. Pfttt.

Monday, 15 September 2014

Kuat ke aku?

Mungkin entry agak bosan. Lol jap siapa yang baca picisan tepi jalan ini. Har.

"SKEE BOLEH
MALAYSIA BOLEH"

Trendmark ni nak kuat kan member aku. Tapi last last aku dapat. K lol.

Aku tahu aku tak kuat, walaupun apa jelah ujian aku dapat? Takda. Tuhan sayang aku ke?

Sebenarnya diri aku adalah ujian aku. Hati aku adalah ujian aku. Mental aku adalah ujian aku. Tapi kenapa aku tak dapat ujian lain?

Ada satu suara muncul dalam hati tapi keluar melalui akal fikiran

"Nak sangat ke ujian kalau handle diri sendiri pun tak boleh"

Diam.

Aku nak orang kuat. Tapi aku yang pancit. Apa aku nak buat? Aku terfikir apa usaha aku?

Takda.

Dan aku terfikir ;

"Takdir mungkin ada. Tapi usaha yang memberi jalan sebetulnya pada takdir"

Kuat sangat ke aku kalau diri sendiri tak boleh handle. Nak handle orang lain konon -hati aku berbicara.

Kenapa aku rasa nak hentuk kepala pada dinding?

Thursday, 11 September 2014

Hm.

Apa kau nak? -A

Kau. -R

Blah. -A

Taknak.- R

Kenapa- A

Sebab aku nak kau.-R

Takboleh.- A

Kenapa? - R

Sebab... -A

Sebab? -R

Mati. -A

Mati? -R

Mati dalam hati kau -A



Apa yang mati?

Iman.

Janganlah.

Terpaksa.

Terpaksa?

Nafsu.

Lawanlah.

Tak boleh.

Kenapa?

Kuat sangat.

Lawan lagi.

Kenapa?

Takut kau mati dulu tanpa iman.

--

Nak pergi.

Mana?

Sana.

Sana mana?

Lorong ke Syorga.

Habis macam mana dengan aku?

Pergilah.

Mana?

Lorong Allah.

Jangan tinggalkan aku.

Aku terpaksa.

Nanti kau jauh.

Doa ada.

Pergilah.



Aku tak tahu macam mana nak describe everything right now. Kbai.

//: memandangkan takda siapa keep updating with my entry. Hentam dalam ni jelah. Eh eh.

Sunday, 7 September 2014

Jangan.

Akhirnya kau hilang,
Kerana aku lupa,
Kerana aku lalai,

Jangan pergi,
Kekallah bersama aku --
Duhai istiqamah.