Tuesday, 24 June 2014

Kau Bakal Pergi



Berita kedengaran,
Kau bakal pergi,
Jauh jauh jauh,
Jauh sana kau lewati,
Tolonglah,
Jangan lupa aku di sini,

Mungkin kau ter-rasa,
Apa yang aku rasa,
Memantulkan kedua-dua rasa,
Hingga hadir sebatian satu rasa,
Tolonglah,
Jangan lupuskan aku,
Dari ingatan,

Masih menghitung hari,
Sebelum kau terbang kesana,
Telah ku pesan pada merpati,
Untuk menjaga kau disana,
Demi aku,
Tolong kekal berdiri,
Tanpa jatuh tersungkur,

Aku bertanya,
Adakah kau bakal pergi,
Tanpa jawapan hanya sepi,
Aku biarkan sepi kerana aku fahami,
Yang kau mahu sendiri,
Jauh menyendiri aku turuti,

Apakan daya,
Siapalah aku,
Hanya sahabat dalam memori,
Bukannya dalam hati,

Dengan doa aku iringi,
Carilah redha Dia sekali,
Untuk kau mengenalpasti identiti,
Supaya kau tidak sesat bergelut diri,
Supaya kau kenali Dia lagi,

Pergilah,
Jauh jauh jauh,
Kerana untuk kebaikan--
Diri kau untuk mempelajari,
Tanpa ada ganguan emosi,

Pergilah,
Jangan lupa kembali,
Agar aku senangi--
Tanpa kau sedari,
Ya dalam diam--
Aku cuma bisu selama ini.

--

Eh puisi ni untuk siapa?
Untuk sesiapalah.

Sesiapa tu siapa?
Sesiapalah.

Siapa yang makin men jauh?
Dia.

Siapa dia?
Syurga.

Kenapa Syurga?
Sebab banyak dosa.

Dia hitung hari apa?
Hari berlepas.

Berlepas kemana?
Kubur.

Okay fine, dia nak kemana?
Mati.

Takkan pergi mati dengan terbang?
Okaylah stail baru. Eh eh.

160614

Wednesday, 18 June 2014

FIFA World Cup VS FIFA?



Memandangkan tengah syok FIFA World Cup kali ni, haruslah aku pilih Holand. K. Even aku tak tahu pasal bola, but nevermind. Nanti dah sampai final, aku pilih siapa yang menang jeh. Kah Kah Kah. Sungguh guwa buta bola (perumpamaan ciptaan sendiri).

Dan on the way nak RAMADHAN. OUH EXCITED GILER GUWA RASA ! Okay, saja keploks. Aku bukannya nak buat sketsa Ramadhan yang penuh syahdu. Err, syahdu ke? Okay adalah kaitan tu, kira perkataan yang sewaktu dengannya. -.-‘ K abaikan.

Sambung balik.

Bila tang mai Ramadhan ni, apa yang benda first kita dok pikiaq(fikir). Okay, secara jujur punya jujurlah kan. RAYA kan?. Tak usah tipu aku lah -.- psikologi manusia memang ceggitu. Tapi di sebalik kita fikirkan Raya Aidilfitri ni, buatlah pahala sebanyak banyak punya banyak yang boleh dengan seikhlas ikhlasnya niat kerana lillahitaala.

Allah sentiasa pemurah dalam memberi pahala, kita pun mestilah jangan penat untuk dapatkan pahala (baca ; beribadah). Deal?

FIFA World Cup vs FIFA (Fast Is For Allah)

Dah alang alang kita qiam-online untuk menonton FIFA jangan lupa qiamulail. Praktis untuk Ramadhan nanti. Janganlah terconggok depan tv sampai tak bergerak mata tu haa. Qiamulail sekejap. Alah tv tak lari lah. Boleh tengok kat internet kalau dah tak sempat.

Jap jap apa yang lebih penting FIFA WC atau FIFA?

Lek kengkawan ku sekalian. Jangan bash guwa. Jangan bash.

Apa istimewanya bola?

Bola itu bulat. Lol

Al maklumlah kat rumah aku, papa aku sorang je lelaki. Bila balik kampung time FIFA World Cup, boleh heart attack. Memalam je GOALLLL ! Menjerit depa. Siapa tak heart attack woi. Terkeluaq jantung den. Okay, hiperbola sangat.

Eheh.

Hampa semua 'VS' kan sendiri antara FIFA WC dan FIFA. Sebab anda sendiri yang tahu hati masing masing. Tengok mana satu kuat. 1-0 atau 0-1 atau 1-1. Faham tak apa aku try nak sampai kan? K hambar.

Tapi sebenarnyakan aku rasa FIFA WC ni takda kene mengena dengan Ramadhan. Mungkin di 'vs' kan sebab dedua on the way bulan yang sama. Pulak doh !

--

Ramadhan insyaallah akan datang lagi dengan penuh barakah dan rahmat. Untuk kita meraih keberkatan dan kebaikan. Untuk kita berlumba lumba dengan ikhlas mendapat pahala. Dengan penuh keazaman dan harapan untuk saham akhirat. Tapi kenapa nafsu masih tidak jinak? Amukan nafsu masih buas dan liar. Jangan sehingga peluang keemasan terlepas dan terbiar.

Fikir balik. Akan selamatkah Ramadhan kita? Dan adakah kita betul-betul berjihad ikhlas kerana Allah ?

Al Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali berkata dalam Lata'if al Ma'arif: Seorang mukmin menghadapi dua jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa pada siang hari dan jihad qiyam(solat sambil membaca al-Quran) pada malam hari.

Dan antara peristiwa yang hebat untuk Muslim pada bulan Ramadhan ialah Mesir dan Syria menewaskan Israel laknatullah di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah. Dan kejayaan dalam peperangan Badar. Pada 17 Ramadan ke-2 Hijrah. Itu salah satunyalah.

Dan jangan rosakkan pahala pada bulan Ramadhan nanti. Jangan sebab diri sendiri Ramadhan kita retak ! Okay?

RasulullahSAW bersabda yang bermaksud "Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu pintu neraka di tutup dan syaitan pun dibelenggu. " [HR Bukhari dan Muslim]

--

Ramadhan.
Kau hadir dengan penuh penantian,
Aku menunggu dengan penuh harapan,
Untuk aku semikan keikhlasan,
Secara mutlak untuk Tuhan,

Tiada ragu aku dijemput kematian,
Maka terlepaslah harapan,
Untuk aku semikan keikhlasan,
Untuk Allah dan saham akhirat,

Kau hadir dengan penuh keberkatan,
Agar pahala dapat ku kumpulkan,
Jika aku masih dicari kematian,
Maka terlepaslah lagi harapan,

Mungkin sakit aku takkan bertahan,
Balasan kirafah dosa yang aku lakukan,
Jika itu takdir ditulis Tuhan,
Maka aku redha tanpa penyesalan,

Hadirmu bagai kilauan,
Yang memancarkan cahaya jalan--
Jalan ke Syurga Allah,
Dengan penuh penghormatan,

Sibuknya Malaikat kanan,
Mencatit kebaikan,
Jangan sibukkan Malaikat kiri,
Mencatat kejahatan.

Antara FIFA WC dan FIFA-- Ramadhan
Terpihak kepada siapakah kemenangan?
Untuk mengetahui pengakhiran,
Tengoklah mana yang kuat,
Antara super mukmin atau pasukan hebat?

Lek ah kawan sekalian,,
Sengaja aku buat provokasi,
Untuk kau ketahui sendiri,
Yang aku usha-usha je tadi. LOL


170614 | Skemetrii









Friday, 6 June 2014

Just let it go.


Aku nak jadi layang-layang yang terlepas dari rungkaian jari manusia boleh?




Selagi kita gengam benda lepas. Lagi sakit jiwa. Selagi kita tak lepaskan rasa pada masa silam, selagi itu dendam takkan terhapus.

Actually, bila buka je twitter depa duk mengeluh benda yang dah jadi. Well, aku tahu accaunt depa, lantank pi lah kan?

Selama 86,400 detik kita habiskan masa didunia , takkan nak genggam masa silam yang berlaku cuma sedetik darinya? Apake pandainya?

  Lepaskan detik silam, jangan hapuskan kenangan silam.

Ada orang text aku. Member lama dan bendanya pun dah lama. "Weh, kau dah break up ke?" Aku tak balas text dia.

Buat apa nak jawab. Bila manusia nak lepaskan perkara silam, yang kau pergi ungkit tu dah apa kejadahnya? Bila manusia nak baru bangun yang kau pergi tolaknya kenapa?

"Ada sebab Allah jadikan sesuatu perkara. Allah Mutaqdir" -Amir

Dan bila kau tolaknya orang nak bangun. Dia tak boleh bangun lagi. Dia futur. Salah siapa? Jangan disebabkan kita orang tak nak berubah.

Bila terikat dengan kisah silam seperti ; menggengam batu yang tajam.
Dan bila saat kau melepaskan genggaman itu, kau lega kan?

So, why you still stuck with the past ?

Orang selalu kata ni

"Aku tak boleh nak buang benda lepas dari kepala otak aku."
"Sebab kau set otak kau yang kau tak boleh."

Ada dua jenis manusia ; mereka yang terima(redha) dengan kisah silam dan mereka yang masih tersekat didalamnya.