Thursday, 2 January 2014

Penyuluh Harapan.


Setiap lafaz kata.
Harapan semakin menyinar.
Setelah kau suluh dengan harapan tanpa kata.
Kau raih tangan aku.
Menyinarkan cahaya wajahku.
Sehingga setiap permandangan adalah indah.

Tiada ragu.
Tiada salah.
Ku memberikan kepercayaan.
Dan kau hadirkan rasa cinta.
Aku cuma tersenyum ikhlas.

Pengganti yang tiada mampu
Menyerupai kau.
Merasakan aku yang bertuah.
Selama aku setia, Ikhlas kah kau?

Kau hilang.

Kesetiaan yang aku berikan
Kehilangan yang aku ada-adakan
Rasa yang aku korbankan
Waktu yang aku tunggu
Tanpa kau tahu
Ya, Aku pembisu.
Aku bodoh.

Demi Tuhan. Demi aku.
Aku kosongkan hati.
Untuk mengisi cintaNya.
Tapi ia ternyata berat.
Berat sebagai seorang manusia.
Yang mempunyai hati.
Penuh dengan nikmatNya.

Tapi akhirnya kau pergi jua.
Jauh. Jauh. Jauh.
Sehingga rasa ini terpadam.
Hingga aku jumpa Dia dan dia.

Dia Tuhan yang memberi aku jalan.
Dia sahabat yang memberikan aku kekuatan.
Jalan yang bergemelapan nan indah.
Yang hanya dapat merasai melalui mata hati.

Dan aku tahu. Ia Lillah.
Dan aku percaya. Ia Lillah.
Dan aku faham. Ia Lillah.

Kau penyuluh harapan, sahabat.