Friday, 19 July 2013

Waktu dulu.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 









               Aku terasa angin sepoi-sepoi bahasa yang datang dari arah bertentangan denganku. Aku berjalan diatas tanah berpasir. Aku tidak tahu aku dimana sekarang ini. Walaupun aku baru habis membeli belah di satu Pusat Membeli belah. Selepas aku membaca satu hadis di dalam satu buku novel islamik. Sungguh aku tersasul dengan kehidupan aku selama ini.


               Aku mendepakan tangan aku. Aku masih terasa angin yang kuat datang dari arah bertentangan. Aku memegang kasut tali yang sudah lama menemani aku. Melihat ombak laut yang mengganas, burung yang berkicau membentuk lagu dan aku terasa seolah olah alam ini berkata-kata. Aku ingin menjerit sahaja. Aku ingin meluahkan rasa yang ada dalam hati aku ini. Tapi mana mungkin. Aku tidak mempercayai sesiapa.


             Aku terduduk diatas pasir. Aku meraup muka. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Argh! Aku memegang lulut dan aku membenamkan muka. Aku bangun kembali. Mengambil kasut tali yang aku campakkan tadi. Memandangkan hari makin kelam, aku bercadang ingin ke satu pondok yang tersembunyi di balik pokok.

             Aku berjalan tidak menghadap depan tetapi menghadap pasir pantai yang menjadi teman aku sejak tadi. Aku menguis-nguis pasir itu. Kekadang aku menyepak pasir itu. Sungguh kasihan dia. Maaf ya, pasir sahabatku.

           Angin menolak tudung aku ketepi. Merasai angin sebegini dibandar pastilah tidak. Kenapa tidak ada seorang sahabat dalam beribu ribu kenalan yang menegur aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Teruk sangatkah aku. Hina sangatkah aku? Mata aku bergenangan.

                                       

 Air mata menistis ke pasir setitik demi setitik.