Posts

Showing posts from 2013

Sekadar kata-kata.

Image
Sayonara. Goodbye. Selamat tinggal. Ia hanya kata kata yang terbit pada bibit bibit suara.

Yang kekadangnya bibir itu mengukir senyuman.
Atau hatinya pedih tersayat.

Pernah terfikir?
Perkara yang senang itu senyum.
Dan untuk mengukir senyuman itu payah.

Kenangan hanya tinggal kenangan.
Member aku kata  "Its difficult to be somebody in someone life,bro." .

Nostalgia. Nostalgia.
Huh.
Susah nak lupa.
Fikiran merewang entah kemana.
Untuk mengenangnya kita lah yang tersenyum bahagia.

Macam angan-angan.
Sekelip mata hadir.
Susah sekali dilupuskan.

Itulah kenangan.
Paling susah dihapuskan.

Sekarang kau seorang.
Kelak kau berpasangan.

Tika kau ada pasangan.
Disitu kau merasa segala kebahagiaan dikongsi.

Kecuali gugurnya daun.
Iaitu tika kau mati.

Segala kenangan.
Angan angan.
Nostalgia.
Terhapus sendiri.

Eheh.

Waktu dulu.

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 








               Aku terasa angin sepoi-sepoi bahasa yang datang dari arah bertentangan denganku. Aku berjalan diatas tanah berpasir. Aku tidak tahu aku dimana sekarang ini. Walaupun aku baru habis membeli belah di satu Pusat Membeli belah. Selepas aku membaca satu hadis di dalam satu buku novel islamik. Sungguh aku tersasul dengan kehidupan aku selama ini.


               Aku mendepakan tangan aku. Aku masih terasa angin yang kuat datang dari arah bertentangan. Aku memegang kasut tali yang sudah lama menemani aku. Melihat ombak laut yang mengganas, burung yang berkicau membentuk lagu dan aku terasa seolah olah alam ini berkata-kata. Aku ingin menjerit sahaja. Aku ingin meluahkan rasa yang ada dalam hati aku ini. Tapi mana mungkin. Aku tidak mempercayai sesiapa.


             Aku terduduk diatas pasir. Aku meraup muka. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Argh! Aku memegang lulut dan aku mem…

Keadaan Orang Tidak Beriman Meninggal Dunia

Assalammualaikum sahabat. Entry ini sambungan dengan entry 'Keadaan Orang Beriman Meninggal Dunia' Bacalah  :)





Rasulullah SAW menyambung khutbahnya :


"Sedangkan hamba yang kafir, sekiranya meninngal dunia dan menuu ke akhirat, lalu malaikat turun. Wajah mereka hitam sambil dibawa kain benang yang kasar. Mereka duduk beramai ramai sejauh mata memandang. Kemudian malaikat maut datang dan duduk berhampiran kepalanya sambil berkata, ' Wahai jiwa yang buruk, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya.' "

Rasulullah berkhutbah lagi :

" Lalu ia meresap ke dalamjasadnya dan mencabut nyawanya dengan satu cabutan sebagaimana besi pemanggang daging dicabut dari sutera yang dibasahi air, lalu dia mengambilnya. Apabila malaikat maut sudah mengambilnya, para malaikat tidak membiarkannya. Mereka segera meletakkan ia di atas kain bulu yang kasar itu. Rohnya dibawa keluar dengan bau yang sangat busuk seperti bau bankai yang ada di dunia.

Mereka membawanya naik k…

Keadaan Orang Beriman ketika Meninggal Dunia

Image
Assalammualaikum Zauj dan Zaujah, Adam dan Hawa Akhi dan Ukhti.







Al- Bakarak Bin Azib menceritakan,dia bersama sahabat sahabat yang lain bersama Rasulullah SAW menghadiri pengebumian jenazah seorang Ansar. Apabila kami sampai di kubur dan mayat sudah dibujurkan di dalam liang lahad. Rasulullah duduk dan kami juga duduk disekeliling beliau,seolah olah ada burung di atas kepala kami. Pada tangan Rasulullah SAW terdapat sebatang ranting dan beliau memukul tanah. Rasulullah mendongakkan kepalanya keatas dan berkata "Berlindunglah kamu daripada azab kubur". Rasulullah SAW mengucapkankannya sebanyak dua atau tiga kali.

Kemudian Rasulullah menambah:
           "Sekiranya seorang hamba yang beriman meninggal dunia dan menuju ke akhirat, para malaikat turun dari langit, wajah mereka putih seakan akan matahari. Mereka membawa kain kafan dari syurga. Mereka duduk di hadapannya sejauh mata memandang. Setelah itu, malaikat maut datang dan duduk berhampiran kepadanya. Ia berkata '…